Selamat hari Sabtu buat semua...cuti hujung minggu amat best kan setelah penat bekerja sepanjang minggu ini. Al-kisah ingin diselitkan adalah Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah yang telah diadakan pada 25 Januari lepas (Jumaat) di perkarangan sekolah dan padang sekolah. Bukan main seronok anak-anak ni....berarak beramai-ramai sambil berselawat. Jom kita tengok telatah masing-masing.
Semua murid SKS 13 berkumpul di perkarangan perhimpunan sekolah menunggu arahan seterusnya. Sabar ya menunggu. |
Wah....murid2 PPKI dan bersedia dah tu. Cikgu Man tengah betulkan baju melayu Fahdil. |
Berarak keliling padang sekolah.... |
Haikal. Azri. Fahdil. Mukhairi, Aziq. Amir. Zahin. |
Alamak!!!!!songkok nak jatuh la pulak.... |
Amni pun ikut berarak...Bagus ada kakak Irdina yang baik. Aipppp...kenapa tu danish..???? |
Si comel Ayn pun ikut....meriahnye..... |
Selepas ke padang, kita masuk dewan pulak ada ceramah maulidur rasul. Semua murid berada di dewan. |
Si kecik comel Wafiq sibuk dengan kertas. Suka sangat ngan kertas. Yang lain, duduk diam2 ye....ustaz penceramah akan datang jap lagi... |