Khamis, 17 Disember 2009

..::MAAL HIJRAH SAMA DILALUI DAN DIAZAMI::..


SALAM MA'AL HIJRAH 1431.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Melangkah ke tahun baru menganjakkan umur yang semakin meningkat dan menggalas tanggungjawab yang perlu digalas. Sebagai hamba Tuhan, suami, isteri, anak, ibu, bapa, guru, datuk dan nenek. Semuanya tidak terkecuali kan?

Keazaman mengiringi doa di awal tahun samaada akan tercapai atau pun tidak. Apa yang sudah pun berlalu tidak menjanjikan apa-apa cuma pada yang bermakna dan memberi satu kepuasan. Apa pun, tetap dilalui walau ada pahit dan manis. Tidakkah itu dinamakan kenangan?
Apa pun...pada Tuhan diserahkan ...semoga Tuhan merahmati dan meredhai hambaNya....


Kepada semua warga pendidik, Selamat Tahun Baru Hijrah....1 Muharram bermulanya peluang kita mengejar rahmat dan kasih Tuhan dalam menjalani tugas yang mana kita masih bersama anak-anak didik kita. Amin....

Kesibukan praktikum bermula Januari ini mudah-mudahan akan memberikan satu kelancaran dan kepuasan dalam menjalaninya....

Salam Hijrah.......

Khamis, 3 Disember 2009

.:BARISAN MU'ALIM:.



KPLI J.QAF KHAS 09- GROUP Q1.3-IPGM IK

Menurut Wan Bakar Wan Dagang (1991) menyenaraikan peranan Guru Pendidikan Islam seperti berikut:

1) Menanamkan asas keagamaan yang kukuh di kalangan anak didik.

2) Menanam minat beragama dan sensitif kepada agama.

3) Menggerak atau menaikkan emosi murid supaya kasihkan agama.

4) Membasmi kejahilan beragama berasaskan Pendidikan Islam.

5) Melahirkan jaitul Qur'an di kalangan murid.

6) Meningkatkan cara hidup Islam di kalangan murid.

7) Mewujudkan nafsu mutmainnah di kalangan murid.

8) Mewujudkan ciri-ciri tamadun Islam di sekolah dan di luar sekolah.

9) Membanteras kemungkaran dan kesesatan di kalangan murid dengan cara yang terbaik.

10) Membentuk iklim sekolah dengan nilai-nilai Islam atau "iklim dini".

Isnin, 30 November 2009

..:HAPPY HOLIDAY:..


"SELAMAT BERCUTI HUJUNG TAHUN............"

Ahad, 22 November 2009

KEM BESTARI SOLAT KEBANGSAAN 2009





Salam...cerita dah lapuk sikit. Sibuk dengan hal sekolah dan kerja maktab yang perlu disiapkan pada masa yang ditetapkan maklumla dah hujung tahun, maka lambatla sikit nak mensiarkan cerita terbaru. Ha..sekarang lapang sikit.... KEM BESTARI SOLAT 09 diadakan di Kelantan baru-baru ini memberi kenangan baru bagi semua pendidik dan murid-murid khas hampir 400 orang dari seluruh Malaysia dari 70 buah sekolah diiringi ustaz dan ustazah J.Qaf.






Kem Kijang adalah tempat dimana kem bestari solat ini dijalankan di bawah kelolaan Bahagian Pendidikan Khas dengan kerjasama JPN negeri masing-masing. Alhamdulillah...semuanya berjalan dalam keadaan baik. Pada awalnya agak gusar untuk datang ke negeri Cik Siti Wan Kembang ini berikutan ketika ini banjir masih berlaku di negeri ini. Syukurlah keadaan itu tidak berlaku semasa kem ini berlansung dan juga dalam perjalanan sampai ke sini. Matahari memancarkan sinarnya dengan baik dan menyerlahkan kepanasannya sepanjang kem dijalankan.







Bagi kontigen Selangor, kami berkumpul di JPS pada pukul 9.00 pagi dan bas bergerak jam 9.30 pagi. SKS 13 menghantar 2 wakil murid iaitu Mohd Iskandar dan Mohd Syafiq bersama 2 org guru iaitu Cikgu Ida bersama Ustazah J.qaf. Berhenti makan di perhentian BERA dan berhenti lagi di Gua Musang. Hampir 13 jam di atas bas....aduhai....memang penat sangat....














Sekitar majlis penutup kem. Malam dinner. Guru J.qaf Pendidikan Khas Batch 1 dan Batch 2 berpadu tenaga sebagai fasilitator menjayakan kem ini....Mudah-mudahan akan diberkati.....





























Ahad, 1 November 2009

BILAMANA MEMBINA SESUATU.......


Membina sesuatu adalah sesi pembelajaran dalam bentuk permainan yang merangsang minda dan pergerakan motor- motor kecil. "Block-block" kecil ini menjadi salah satu permainan yang disukai oleh anak-anak ini apabila disusun dari bawah ke atas hingga tinggi. Sehinggalah ianya runtuh sendiri apabila ada antara block ini tidak lagi dapat menampung keseimbangan ketinggian yang dibina. Seronok apabila bermain. Walhal guru pun ralit seketika melihat mereka ini bermain.

Bersepahanlah baki-baki block yang belum bersusun.. Tak kurang juga ada kawan-kawan lain yang berasa suka memusnahkan hasil kawannya sendiri. Biasala tu....dalam erti kata bermain. Mulalah ada yang marah tak kurang guru menasihatkan " janganla jatuhkan kawan awak punya bangunan. Tak baik buat macam tu"....ni tahap tahan sabarla...yang kurang sabar???Wallahu'alam....






Peperiksaan akhir tahun sudah pun berakhir. Murid berasa lapang dan tidak perlu lagi mengadap kertas-kertas peperiksaan yang mungkin membosankan bagi mereka. Tugas guru pula nak menanda kertas. Alahai....



.::WAL 'ASR::.

.::PELUSUK::.

free counters

.:: MEH MAKAN MEH ::.

.:: MEH MAKAN MEH ::.

.:: CaMp ::.

.:: CaMp ::.

.:: TOLONG MENOLONG ::.

.:: TOLONG MENOLONG ::.

.:: ZOO ::.

.:: ZOO ::.

.:: KFC ::.

.:: KFC ::.

.:: LAWATAN :..

.:: LAWATAN :..

.:: MASA HARIJADI ::.

.:: MASA HARIJADI ::.

.:: ouR teAM ::.

.:: ouR  teAM ::.

.:: DULU ::.

.:: DULU ::.

.:: PENGAKAP ::.

.:: PENGAKAP ::.

.:: COMEL WOODY ::.

.:: COMEL WOODY ::.

.::TIANG AGAMA::.

.::TIANG AGAMA::.
~~anggerik~~

.::TIKA BERMAIN::.

.::TIKA BERMAIN::.
Mukhairi...suka main bola besar ni...

.::SUKA MAIN::.

.::SUKA MAIN::.
Ai danish...ape tu???

.::SENYUM::.

.::SENYUM::.
Si kecik Hadzry...

.:: BERSAMA2 ::.

.:: BERSAMA2 ::.

.:: PLAY ::.

.:: PLAY ::.
 

.:*Kisah Sekolahku*:. Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez