Khamis, 17 Julai 2014

..*.. Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas Daerah Petaling Perdana ..*..


"" Assalamua'Alaikum warahmatullah...kembali di alam maya ""

Salam buat semua...hari ni nak cerita sikit tentang aktiviti yang telah pun berlangsung selama 2 hari di Mini Stadium KPM USJ 23, Subang Jaya.

Adanya kejohanan balapan dan padang. Jadi, SKS 13 ada beberapa orang wakil murid yang menyertai beberapa acara kejohanan....alahai..x ingatlah pulak acara apa. Beberapa orang guru terlibat sebagai pengadil dalam kejohanan ini.

Comel je abang-abang ni nak berlari jap lagi...siap peace lagi... 
Acara perasmian yang mana bendera dinaikkan..

Inilah team SKS 13...masa ni, diorang berarak mengikut kontijen masing-masing...Kesian..lama menunggu majlis perasmian nak mula. Berpanasan..

Semangat waja..menjulang sepanduk.

Ada acara menyentuh perasaan..murid ini dalam tidak upayaan berjalan hanya berlari menggunakan lutut. Sampai di pertengahan jalan, murid ini tidak mampu menghabiskan larian Agaknya penat..ramai yang bertepuk tangan memberi sokongan kepada murid ini. Terharu dan bersemangat betul murid ni.  Dibimbing oleh guru untuk sampai ke garisan penamat.

Akhirnya sampai jua..

Kelakar dan comel je murid SD ni berlari...

Murid SD menengah.

Sabtu, 24 Mei 2014

..*.. LATIHAN BOWLING (PLAZA ALAM SENTRAL) ..*..


"" Assalamua'Alaikum warahmatullah...kembali di alam maya ""

Ehem....ehem...terasa sakit tekak pulak admin hari ni....erm.... seronok murid-murid kita pergi bermain bowling dekat Alam Sentral. Berlangsung pada 21 Mei 2014.....Ada yang susah nak membaling pun ada. Apa pun, kesungguhan mereka ini bukan calang-calang tau....Last-last boleh jugakla baling bola dalam apa cara balingan pun....hehehe....jom kita layan..

Amal Zafry dengan bola bowling....kat belakang tu afiq.....

Irdina....bersedia untuk membuat balingan....


Dua kawan ni, bukan main lagi ye... Aizat dan juga Izzuddin...

Cikgu Prem bersama mereka....








 
Yey...dah habis....bye...Assalamualaikum...

Sabtu, 29 Mac 2014

..*.. LaDap TeRengGanu ..*..


"" Assalamua'Alaikum warahmatullah...kembali di alam maya ""

Cerita ni dah lama sangat dah...Bulan 3 yang lepas...apa pun, saya nak selitkan jugak disini sebagai kenangan dan program yang happening..KURSUS UNTUK GURU
Dianjurkan oleh guru-guru SK Bukit Jelutong.
Banyak sekolah yang dijemput sebagai sekolah jemputan yang diwakilkan setiap sekolah maksimum 5 orang guru.
Tak berapa ingat dah sekolah2 yang terlibat. Yang penting semua sekolah ni, area-area shah alam jugaklah.
Yang menariknya, mereka adakan kursus ni di TERENGGANU. Menarik kan, mana tak nye nak tolak peluang macam ni. Jadi, bertolaklah kami menaiki bas.

Sesi ladap yang mana kami diminta membuat kapal terbang versi tersendiri yang "power" supaya dia dapat terbang jauh ke depan.

Ada nama tau...kena buat sekreatif mungkin.

Pemandangan dari bilik yang memberikan kami rehat yang nyenyak dan nyaman. Amat selesa menginap kat sini.

Sesi malam. Kami diminta melukis gambar diri sendiri di atas kertas kuning tu. Manalah tahu bab-bab melukis muka sendiri.

Inilah muka saya. Rasa kelakar pun ade nih..Boleh la kot...Ruangan kosong kat bawah tu, rakan group kita akan mengklafisikasikan kita. Jadi kertas ni, akan dilekatkan di belakang dan semua rakan akan tulis tentang kita. Begitulah sebaliknya. Jadi bergeraklah kesemuanya.

Tengok...semua ada kertas kat belakang masing-masing.

Rakan cikgu saya.

Tau tak kat mana ni?

Tengah tunggu bot. Nak pergi PULAU KAPAS.

Ni botnye dah sampai pun...

Cikgu-cikgu SK Bukit Jelutong

Nurimah pening atas bot...

Seronok tengok ombak. Alhamdulillah...tak la mabuk. Mungkin bot besar kot. Takut sebenarnya naik bot.

Dah pun sampai pulau. Hantar penumpang lain (orang asing). Sebab kami akan ke tempat lain untuk..SKUBA DIVING



Inilah tempat penginapan kami....

Pada hari terakhir, dah nak balik dah, program akhir adalah ke PERPUSTAKAAN UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN

Kami diberi penerangan tentang perpustakaan ini dan sesi soal jawab.


Kemudian,kami dibawa melawat ke perpustakaan tersebut.






Kami melawat ke sekolah yang berdekatan dengan tempat kami menginap. Dah lupa apa nama sekolah ni.


Dah balik....dari jauh Masjid Kristal. Tak berkesempatan untuk sampai ke sana lagi.


.::WAL 'ASR::.

.::PELUSUK::.

free counters

.:: MEH MAKAN MEH ::.

.:: MEH MAKAN MEH ::.

.:: CaMp ::.

.:: CaMp ::.

.:: TOLONG MENOLONG ::.

.:: TOLONG MENOLONG ::.

.:: ZOO ::.

.:: ZOO ::.

.:: KFC ::.

.:: KFC ::.

.:: LAWATAN :..

.:: LAWATAN :..

.:: MASA HARIJADI ::.

.:: MASA HARIJADI ::.

.:: ouR teAM ::.

.:: ouR  teAM ::.

.:: DULU ::.

.:: DULU ::.

.:: PENGAKAP ::.

.:: PENGAKAP ::.

.:: COMEL WOODY ::.

.:: COMEL WOODY ::.

.::TIANG AGAMA::.

.::TIANG AGAMA::.
~~anggerik~~

.::TIKA BERMAIN::.

.::TIKA BERMAIN::.
Mukhairi...suka main bola besar ni...

.::SUKA MAIN::.

.::SUKA MAIN::.
Ai danish...ape tu???

.::SENYUM::.

.::SENYUM::.
Si kecik Hadzry...

.:: BERSAMA2 ::.

.:: BERSAMA2 ::.

.:: PLAY ::.

.:: PLAY ::.
 

.:*Kisah Sekolahku*:. Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez