Sabtu, 24 Mei 2014

..*.. LATIHAN BOWLING (PLAZA ALAM SENTRAL) ..*..


"" Assalamua'Alaikum warahmatullah...kembali di alam maya ""

Ehem....ehem...terasa sakit tekak pulak admin hari ni....erm.... seronok murid-murid kita pergi bermain bowling dekat Alam Sentral. Berlangsung pada 21 Mei 2014.....Ada yang susah nak membaling pun ada. Apa pun, kesungguhan mereka ini bukan calang-calang tau....Last-last boleh jugakla baling bola dalam apa cara balingan pun....hehehe....jom kita layan..

Amal Zafry dengan bola bowling....kat belakang tu afiq.....

Irdina....bersedia untuk membuat balingan....


Dua kawan ni, bukan main lagi ye... Aizat dan juga Izzuddin...

Cikgu Prem bersama mereka....








 
Yey...dah habis....bye...Assalamualaikum...

Sabtu, 29 Mac 2014

..*.. LaDap TeRengGanu ..*..


"" Assalamua'Alaikum warahmatullah...kembali di alam maya ""

Cerita ni dah lama sangat dah...Bulan 3 yang lepas...apa pun, saya nak selitkan jugak disini sebagai kenangan dan program yang happening..KURSUS UNTUK GURU
Dianjurkan oleh guru-guru SK Bukit Jelutong.
Banyak sekolah yang dijemput sebagai sekolah jemputan yang diwakilkan setiap sekolah maksimum 5 orang guru.
Tak berapa ingat dah sekolah2 yang terlibat. Yang penting semua sekolah ni, area-area shah alam jugaklah.
Yang menariknya, mereka adakan kursus ni di TERENGGANU. Menarik kan, mana tak nye nak tolak peluang macam ni. Jadi, bertolaklah kami menaiki bas.

Sesi ladap yang mana kami diminta membuat kapal terbang versi tersendiri yang "power" supaya dia dapat terbang jauh ke depan.

Ada nama tau...kena buat sekreatif mungkin.

Pemandangan dari bilik yang memberikan kami rehat yang nyenyak dan nyaman. Amat selesa menginap kat sini.

Sesi malam. Kami diminta melukis gambar diri sendiri di atas kertas kuning tu. Manalah tahu bab-bab melukis muka sendiri.

Inilah muka saya. Rasa kelakar pun ade nih..Boleh la kot...Ruangan kosong kat bawah tu, rakan group kita akan mengklafisikasikan kita. Jadi kertas ni, akan dilekatkan di belakang dan semua rakan akan tulis tentang kita. Begitulah sebaliknya. Jadi bergeraklah kesemuanya.

Tengok...semua ada kertas kat belakang masing-masing.

Rakan cikgu saya.

Tau tak kat mana ni?

Tengah tunggu bot. Nak pergi PULAU KAPAS.

Ni botnye dah sampai pun...

Cikgu-cikgu SK Bukit Jelutong

Nurimah pening atas bot...

Seronok tengok ombak. Alhamdulillah...tak la mabuk. Mungkin bot besar kot. Takut sebenarnya naik bot.

Dah pun sampai pulau. Hantar penumpang lain (orang asing). Sebab kami akan ke tempat lain untuk..SKUBA DIVING



Inilah tempat penginapan kami....

Pada hari terakhir, dah nak balik dah, program akhir adalah ke PERPUSTAKAAN UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN

Kami diberi penerangan tentang perpustakaan ini dan sesi soal jawab.


Kemudian,kami dibawa melawat ke perpustakaan tersebut.






Kami melawat ke sekolah yang berdekatan dengan tempat kami menginap. Dah lupa apa nama sekolah ni.


Dah balik....dari jauh Masjid Kristal. Tak berkesempatan untuk sampai ke sana lagi.


Sabtu, 8 Februari 2014

..*.. SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH 2014 ..*..


"" Assalamua'Alaikum warahmatullah...kembali di alam maya ""

Selamat hari Sabtu buat semua...cuti hujung minggu amat best kan setelah penat bekerja sepanjang minggu ini. Al-kisah ingin diselitkan adalah Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah yang telah diadakan pada 25 Januari lepas (Jumaat) di perkarangan sekolah dan padang sekolah. Bukan main seronok anak-anak ni....berarak beramai-ramai sambil berselawat. Jom kita tengok telatah masing-masing.

Semua murid SKS 13 berkumpul di perkarangan perhimpunan sekolah menunggu arahan seterusnya. Sabar ya menunggu.

Wah....murid2 PPKI dan bersedia dah tu. Cikgu Man tengah betulkan baju melayu Fahdil.

Berarak keliling padang sekolah....

Haikal. Azri. Fahdil. Mukhairi, Aziq. Amir. Zahin.

Alamak!!!!!songkok nak jatuh la pulak....

Amni pun ikut berarak...Bagus ada kakak Irdina yang baik. Aipppp...kenapa tu danish..????

Si comel Ayn pun ikut....meriahnye.....

Selepas ke padang, kita masuk dewan pulak ada ceramah maulidur rasul. Semua murid berada di dewan.

Si kecik comel Wafiq sibuk dengan kertas. Suka sangat ngan kertas. Yang lain, duduk diam2 ye....ustaz penceramah akan datang jap lagi...

.::WAL 'ASR::.

.::PELUSUK::.

free counters

.:: MEH MAKAN MEH ::.

.:: MEH MAKAN MEH ::.

.:: CaMp ::.

.:: CaMp ::.

.:: TOLONG MENOLONG ::.

.:: TOLONG MENOLONG ::.

.:: ZOO ::.

.:: ZOO ::.

.:: KFC ::.

.:: KFC ::.

.:: LAWATAN :..

.:: LAWATAN :..

.:: MASA HARIJADI ::.

.:: MASA HARIJADI ::.

.:: ouR teAM ::.

.:: ouR  teAM ::.

.:: DULU ::.

.:: DULU ::.

.:: PENGAKAP ::.

.:: PENGAKAP ::.

.:: COMEL WOODY ::.

.:: COMEL WOODY ::.

.::TIANG AGAMA::.

.::TIANG AGAMA::.
~~anggerik~~

.::TIKA BERMAIN::.

.::TIKA BERMAIN::.
Mukhairi...suka main bola besar ni...

.::SUKA MAIN::.

.::SUKA MAIN::.
Ai danish...ape tu???

.::SENYUM::.

.::SENYUM::.
Si kecik Hadzry...

.:: BERSAMA2 ::.

.:: BERSAMA2 ::.

.:: PLAY ::.

.:: PLAY ::.
 

.:*Kisah Sekolahku*:. Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez