Ahad, 31 Januari 2010

.::TANGKAL?::.


Soalan

MENJADI kebiasaan atau kelaziman di kampung saya, apabila terdapat kanak-­kanak menghadapi masalah kesihatan khususnya yang kerap menangis lebih daripada biasa, dibawa kepada perawat, lalu tangannya diikat dengan benang hitam atau benang berwarna lain, dengan pelbagai warna sebagai ikhtiar untuk perlindungan daripada pelbagai gangguan. Apakah rawatan dan amalan seperti ini diharuskan oleh syarak?

SHAMSIAH ABU BAKARJerantut

Jawapan

Saya sendiri pernah melihat perbuatan seperti itu dan sudah banyak kali kanak-kanak yang pada tangannya dipakaikan benang dibawa kepada saya untuk dirawat, Saya dengan bahasa yang penuh diplomasi meminta supaya benang hitam atau sebagainya termasuk tangkal, hendaklah dibuang dahulu sebelum saya mengikhtiarkan rawatan.

Amalan dan kelaziman yang disebut dalam soalan tadi, sebenarnya berten­tangan dengan ajaran Islam. Banyak hadis yang memberi penjelasan, antaranya hadis yang bermaksud: “Uqbah Ibnu ‘Amir berkata, ‘Saya pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, barang siapa yang meng­gantung tangkal (Damimah) maka Allah SWT tidak akan menyempurnakan hajat­nya dan barang siapa yang menggantung objek seperti kulit siput (Wada’ah), maka Allah tidak akan menenteramkannya.’”

Jelas daripada hadis ini Nabi s.a.w. melarang sebarang penggunaan tangkal. Tangkal dirujuk kepada benang, tali atau apa sahaja yang dipakai pada badan, untuk tujuan mendapat faedah yang diharamkan kepada orang yang memakainya.

Dalam hadis lain (mahfumnya ): Rasulullah s.a.w. telah lihat ada satu lilitan seperti gelang (halaqah) yang dipakai di tangan seorang lelaki, lalu baginda bertanya lelaki itu, ‘Apakah yang kamu pakai ini? “Lelaki itu menjawab, “Aku jadikannya sebagai pendinding atau pengadang diriku daripada sebarang kelemahan.”

“Lalu baginda bersabda kepadanya, ‘Sesungguhnya benda-benda seperti ini, tidak akan menambahkan kepada mu melainkan kelemahan jua, buanglah ia kerana sesungguhnya, sekiranya kamu mati dalam keadaan memakai benda seperti ini, kamu akan diserahkan kepada benda itu.” (Hadis riwayat ‘Imran bin Hussain dan Imam Ahmad Ibni Hambal).

Dalam hadis lain (mafhumnya): “Dan Abu Bashir al-Ansari meriwayatkan, pada suatu ketika beliau telah bersama dengan Rasulullah s.a.w. dalam satu perjalanan dengan menunggang unta, maka baginda melihat ada unta-unta yang dipakaikan tangkal kepada unta tersebut.

“Lalu baginda memerintahkan kepada kami, agar apa sahaja rantai, kalungan (qilaadah) yang terdapat pada mana-mana unta hendaklah dipotong dan dibuang.” (Hadis riwayat aI-Bukhari dan Muslim).

Sebab utama mengapa Nabi s.a.w. memerintah dilakukan demikian, sebab utamanya seperti yang disebut oleh Imam Ibnu Jauzi iaitu, orang-orang Arab mem­percayai bahawa dengan memakai tangkal pada unta, akan selamat daripada gangguan. Kepercayaan sedemikian boleh membawa kepada syirik, samalah dengan persoalan yang dikemukakan tadi.

Ingatlah bahawa dengan mengikat benang hitam pada lengan kanak-kanak, atau membuat tangkal dengan simpulan benang pelbagai warna dipakai di leher atau di pinggang kanak-kanak atau orang tua­-tua, atas kepercayaan ia boleh memberi manfaat kepada manusia, kesemuanya dilarang.

Terdapat dalam hadis lain Nabi saw. menyebut (mafhumnya): “Sesiapa yang mengikat simpulan benang lalu meniup kepada benang itu dan dipakai, maka dia telah syirik kepada Allah SWT.”

Oleh yang demikian maka eloklah dihentikan amalan-amalan seperti itu.

Waalahu a’lam.

(Petikan dari Harakah Bil.1335)

Jumaat, 29 Januari 2010

.::BILA MASA TIDAK BERTAMU::.


Salam buat semua....

Bila tahun berganti dan masa berdetik tidak berhenti disitulah pelbagai perkara berlaku silih berganti, suka duka dan bermacam-macam lagi....Permulaan tahun 2010 menjadi langkah awal dalam menjalani pelbagai perkara baru dalam hidup dan tak mustahil perkara yang sama juga berulang. Apa yang menjadi kepuasan dalam mengecapi nikmat Allah selagimana kita tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang hamba?

Bermulalah juga langkah demi langkah disusun dalam menabur bakti sebagai seorang pendidik yang khususnya peneraju utama dalam penyuluhan ilmu kepada anak-anak yang terlalu istimewa. Praktikum bermula 18 Januari yang lepas dan bertambahlah tanggungjawab lain yang sedia digembleng sehingga akhirnya. Tempoh 3 bulan yang dijalani mudah-mudahan akan dipermudahkan Tuhan dan memberi inspirasi baru dalam arena pendidikan.

Hari ini, SK Seksyen 13 telah mengadakan majlis perpisahan dengan GPK HEM Puan Akma Zuraida Bt Nordin atas perpindahannya ke SK Seafield. Sambutan dibuat juga kepada Cikgu Nur Izwa yang diraikan tetapi tidak dapat hadir atas sebab tertentu. Yang hilang akan tumbuh berganti......

Pertambahan murid di Pendidikan Khas kali ini sepertimana biasa. Murid yang telah berpindah ke sekolah menengah digantikan murid baru yang baru hendak masuk ke sekolah. Berbagai ragam dan kerenah tetapi tetap menghiburkan dan melucukan. Tuhan akan lindungi mereka.




Khamis, 17 Disember 2009

..::MAAL HIJRAH SAMA DILALUI DAN DIAZAMI::..


SALAM MA'AL HIJRAH 1431.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Melangkah ke tahun baru menganjakkan umur yang semakin meningkat dan menggalas tanggungjawab yang perlu digalas. Sebagai hamba Tuhan, suami, isteri, anak, ibu, bapa, guru, datuk dan nenek. Semuanya tidak terkecuali kan?

Keazaman mengiringi doa di awal tahun samaada akan tercapai atau pun tidak. Apa yang sudah pun berlalu tidak menjanjikan apa-apa cuma pada yang bermakna dan memberi satu kepuasan. Apa pun, tetap dilalui walau ada pahit dan manis. Tidakkah itu dinamakan kenangan?
Apa pun...pada Tuhan diserahkan ...semoga Tuhan merahmati dan meredhai hambaNya....


Kepada semua warga pendidik, Selamat Tahun Baru Hijrah....1 Muharram bermulanya peluang kita mengejar rahmat dan kasih Tuhan dalam menjalani tugas yang mana kita masih bersama anak-anak didik kita. Amin....

Kesibukan praktikum bermula Januari ini mudah-mudahan akan memberikan satu kelancaran dan kepuasan dalam menjalaninya....

Salam Hijrah.......

.::WAL 'ASR::.

.::PELUSUK::.

free counters

.:: MEH MAKAN MEH ::.

.:: MEH MAKAN MEH ::.

.:: CaMp ::.

.:: CaMp ::.

.:: TOLONG MENOLONG ::.

.:: TOLONG MENOLONG ::.

.:: ZOO ::.

.:: ZOO ::.

.:: KFC ::.

.:: KFC ::.

.:: LAWATAN :..

.:: LAWATAN :..

.:: MASA HARIJADI ::.

.:: MASA HARIJADI ::.

.:: ouR teAM ::.

.:: ouR  teAM ::.

.:: DULU ::.

.:: DULU ::.

.:: PENGAKAP ::.

.:: PENGAKAP ::.

.:: COMEL WOODY ::.

.:: COMEL WOODY ::.

.::TIANG AGAMA::.

.::TIANG AGAMA::.
~~anggerik~~

.::TIKA BERMAIN::.

.::TIKA BERMAIN::.
Mukhairi...suka main bola besar ni...

.::SUKA MAIN::.

.::SUKA MAIN::.
Ai danish...ape tu???

.::SENYUM::.

.::SENYUM::.
Si kecik Hadzry...

.:: BERSAMA2 ::.

.:: BERSAMA2 ::.

.:: PLAY ::.

.:: PLAY ::.
 

.:*Kisah Sekolahku*:. Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez