.::AHLAN::.
.::BILA HATI...::.
Jumaat, 29 Januari 2010
.::BILA MASA TIDAK BERTAMU::.
11:04 PTG
Bingkisan Cyber dr
zmis ixora
Salam buat semua....

Bila tahun berganti dan masa berdetik tidak berhenti disitulah pelbagai perkara berlaku silih berganti, suka duka dan bermacam-macam lagi....Permulaan tahun 2010 menjadi langkah awal dalam menjalani pelbagai perkara baru dalam hidup dan tak mustahil perkara yang sama juga berulang. Apa yang menjadi kepuasan dalam mengecapi nikmat Allah selagimana kita tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang hamba?
Bermulalah juga langkah demi langkah disusun dalam menabur bakti sebagai seorang pendidik yang khususnya peneraju utama dalam penyuluhan ilmu kepada anak-anak yang terlalu istimewa. Praktikum bermula 18 Januari yang lepas dan bertambahlah tanggungjawab lain yang sedia digembleng sehingga akhirnya. Tempoh 3 bulan yang dijalani mudah-mudahan akan dipermudahkan Tuhan dan memberi inspirasi baru dalam arena pendidikan.
Hari ini, SK Seksyen 13 telah mengadakan majlis perpisahan dengan GPK HEM Puan Akma Zuraida Bt Nordin atas perpindahannya ke SK Seafield. Sambutan dibuat juga kepada Cikgu Nur Izwa yang diraikan tetapi tidak dapat hadir atas sebab tertentu. Yang hilang akan tumbuh berganti......
Pertambahan murid di Pendidikan Khas kali ini sepertimana biasa. Murid yang telah berpindah ke sekolah menengah digantikan murid baru yang baru hendak masuk ke sekolah. Berbagai ragam dan kerenah tetapi tetap menghiburkan dan melucukan. Tuhan akan lindungi mereka.
Khamis, 17 Disember 2009
..::MAAL HIJRAH SAMA DILALUI DAN DIAZAMI::..
9:54 PTG
Bingkisan Cyber dr
zmis ixora
SALAM MA'AL HIJRAH 1431.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Melangkah ke tahun baru menganjakkan umur yang semakin meningkat dan menggalas tanggungjawab yang perlu digalas. Sebagai hamba Tuhan, suami, isteri, anak, ibu, bapa, guru, datuk dan nenek. Semuanya tidak terkecuali kan?
Keazaman mengiringi doa di awal tahun samaada akan tercapai atau pun tidak. Apa yang sudah pun berlalu tidak menjanjikan apa-apa cuma pada yang bermakna dan memberi satu kepuasan. Apa pun, tetap dilalui walau ada pahit dan manis. Tidakkah itu dinamakan kenangan?
Apa pun...pada Tuhan diserahkan ...semoga Tuhan merahmati dan meredhai hambaNya....

Kepada semua warga pendidik, Selamat Tahun Baru Hijrah....1 Muharram bermulanya peluang kita mengejar rahmat dan kasih Tuhan dalam menjalani tugas yang mana kita masih bersama anak-anak didik kita. Amin....
Kesibukan praktikum bermula Januari ini mudah-mudahan akan memberikan satu kelancaran dan kepuasan dalam menjalaninya....

Salam Hijrah.......
Khamis, 3 Disember 2009
.:BARISAN MU'ALIM:.
4:50 PTG
Bingkisan Cyber dr
zmis ixora
KPLI J.QAF KHAS 09- GROUP Q1.3-IPGM IK
Menurut Wan Bakar Wan Dagang (1991) menyenaraikan peranan Guru Pendidikan Islam seperti berikut:
1) Menanamkan asas keagamaan yang kukuh di kalangan anak didik.
2) Menanam minat beragama dan sensitif kepada agama.
3) Menggerak atau menaikkan emosi murid supaya kasihkan agama.
4) Membasmi kejahilan beragama berasaskan Pendidikan Islam.
5) Melahirkan jaitul Qur'an di kalangan murid.
6) Meningkatkan cara hidup Islam di kalangan murid.
7) Mewujudkan nafsu mutmainnah di kalangan murid.
8) Mewujudkan ciri-ciri tamadun Islam di sekolah dan di luar sekolah.
9) Membanteras kemungkaran dan kesesatan di kalangan murid dengan cara yang terbaik.
10) Membentuk iklim sekolah dengan nilai-nilai Islam atau "iklim dini".
Langgan:
Catatan (Atom)