Ahad, 1 November 2009

BILAMANA MEMBINA SESUATU.......


Membina sesuatu adalah sesi pembelajaran dalam bentuk permainan yang merangsang minda dan pergerakan motor- motor kecil. "Block-block" kecil ini menjadi salah satu permainan yang disukai oleh anak-anak ini apabila disusun dari bawah ke atas hingga tinggi. Sehinggalah ianya runtuh sendiri apabila ada antara block ini tidak lagi dapat menampung keseimbangan ketinggian yang dibina. Seronok apabila bermain. Walhal guru pun ralit seketika melihat mereka ini bermain.

Bersepahanlah baki-baki block yang belum bersusun.. Tak kurang juga ada kawan-kawan lain yang berasa suka memusnahkan hasil kawannya sendiri. Biasala tu....dalam erti kata bermain. Mulalah ada yang marah tak kurang guru menasihatkan " janganla jatuhkan kawan awak punya bangunan. Tak baik buat macam tu"....ni tahap tahan sabarla...yang kurang sabar???Wallahu'alam....






Peperiksaan akhir tahun sudah pun berakhir. Murid berasa lapang dan tidak perlu lagi mengadap kertas-kertas peperiksaan yang mungkin membosankan bagi mereka. Tugas guru pula nak menanda kertas. Alahai....



Jumaat, 4 September 2009

SEKITAR MTQ PENDIDIKAN KHAS (PETALING PERDANA) TAK SEMPAT NAK UPLOAD....



Ni semua gambar-gambar yang cik maz ambil masa pertandingan nasyid pendidikan khas bulan 4 yang lepas......mak ai...lama sangat dah....baru nak upload....apa pun....nilah gambarannya......






Ni masa pertandingan hafazan dan tilawah.....tempat berasingan.......Pertandingan berlangsung di SK Seksyen 20, Shah Alam....



Masing-masing dengan hadiahnya....

Kelas Pendidikan Khas, SKS 13 mewakili sekolah dalam pertandingan nasyid, tilawah Al-Quran, Hafazan, Azan dan Khat Jawi......
Alhamdulillah....anak-anak didik cik maz memenangi pertandingan nasyid di tempat ke-2, tilawah lelaki dan perempuan tempat ke-2........sekolah-sekolah yang hadir adalah dalam daerah Petaling Perdana........erm.....puas jugakla....terjerit-jerit jugakla...budak-budak ni tak duduk diam....biasalah.....dah tu .....apa pun...itu dah tugas....bersabar jela........

Apa pun Cik Maz memang puas hati.....TAHNIAH kepada semua........

HARI YANG LESU


Assalamualaikum...wrh....

Segala puji bagi Allah.....sememangnya sudah agak lama cik maz tidak melayari blog ini oleh kerana kerja-kerja yang banyak.....alhamdulillah....bulan Ramadan ini dilalui dengan penuh rasa syukur.....namun terdapat banyak sangat dugaan yang membelenggu diri dik kelemahan dan kekurangan diri yang terlalu banyak dirasakan......
Hari ini saya telah siapkan assignment Ilmu Pendidikan yang disiapkan agak lewat....dah pos dah pun...ramai jugak orang kat pejabat pos tadi....sabar jela di bulan puasa ni.......Erm....pelajar UPSR akan menghadapi peperiksaan minggu depan......start hari selasa.....pelajar lain di cutikan selama 3 hari termasuklah budak khas.....tapi...cikgunya tetap keje gakkk....
Erm....sibuk menyiapkan kertas soalan agama untuk budak2 khas ni...dateline hari selasa....harap-harap delayla....cik maz pun tengah pulun ni....ui..kena pulun...assignment nak kena antar sblm raya ni...parah betul.....tak pe....buat pelan2 la ye.....selagi mana ada kudrat pasti boleh siap....janji jangan malas ye cik maz.....(selalu kena motivasi sikit diri ni)....banyak sangat benda lagha ni.....kui...kui....
Untuk semua calon2 UPSR SKS 13.....selamat menghadapi peperiksaan di bulan mulia ni....mudah-mudahan....ada barakahnya........amin.......
Oklah....nak bersiap2 ni....kejap lagi berbuka puasa kat office lama di Bandar Sunway.....lama tak jumpa kawan lama.........Salam Ramadan...........

.::WAL 'ASR::.

.::PELUSUK::.

free counters

.:: MEH MAKAN MEH ::.

.:: MEH MAKAN MEH ::.

.:: CaMp ::.

.:: CaMp ::.

.:: TOLONG MENOLONG ::.

.:: TOLONG MENOLONG ::.

.:: ZOO ::.

.:: ZOO ::.

.:: KFC ::.

.:: KFC ::.

.:: LAWATAN :..

.:: LAWATAN :..

.:: MASA HARIJADI ::.

.:: MASA HARIJADI ::.

.:: ouR teAM ::.

.:: ouR  teAM ::.

.:: DULU ::.

.:: DULU ::.

.:: PENGAKAP ::.

.:: PENGAKAP ::.

.:: COMEL WOODY ::.

.:: COMEL WOODY ::.

.::TIANG AGAMA::.

.::TIANG AGAMA::.
~~anggerik~~

.::TIKA BERMAIN::.

.::TIKA BERMAIN::.
Mukhairi...suka main bola besar ni...

.::SUKA MAIN::.

.::SUKA MAIN::.
Ai danish...ape tu???

.::SENYUM::.

.::SENYUM::.
Si kecik Hadzry...

.:: BERSAMA2 ::.

.:: BERSAMA2 ::.

.:: PLAY ::.

.:: PLAY ::.
 

.:*Kisah Sekolahku*:. Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez